Kasihan kan anak

30 sept 09 1.35pm Sesudah menunaikan tanggungjawab muslim, kaki melangkah keluar masjid al-mutaqin wangsa melawati yg berdekatan ngan opis aku.. terpandang seorang lelaki bersama anaknya gambaran biasa di masjid.. tetapi lelaki dan anak itu bukan pandangan biasa pada aku. bagi aku hati seorang lelaki a.k.a ayah kepada 3 org anak ini tersentuh sekejap. Bukan apa pada aku kalau di lihat aksi anak itu tak ubah macam anak2 yg lain gembira,ketawa, happy ajee tapi ada kelainan kalau di teliti dengan betul. hati boleh tersentuh. Hujung jari tangannya kebiruan ini di sebabkan anak tersebut ada penyakit jantung berlubang... Subhanallah (dlm hati syukur anak aku tak ada penyakit ini) setelah aku membaca biodata ayah dan anak tersebut... terus aku berkata dlm hati saudara ini patut di bantu tak sedikit atau banyak..(saudara tersebut adalah seorang mualaf) ...

Selepas keluar.. dari panggar masjid terfikir dlm kepala otak aku.. Apa yg baitulmal buat????
tak patutkah org ini di bantu. atau banyak sangatkah procedur kepala otak diaorang buatkan utk org yang betul2 memerlukan macam saudara tu tadi.. Zakat adalah wajib utk setiap org islam ada zakat perniagaan,harta,emas, simpanan, zakat fitrah kalau keluar kat paper tu berjuta2 org keluar zakat perniagaan siap amik gambor lagi...

Susah sangat ke nak cari org susah macam saudara tu... Siapa setuju kalau aku katakan tak akan ada org miskin kat malaysia 1 ni kalau org baitulmal buat keroje dema...( tak buat keroje le tu)

Kesimpulannya aku cuba letakkan diri aku macam saudara tu tadi... aku mungkin bleh jadi cam tu gak...

p/s: teringat anak aku 3 org hero yg nakal2 tu (ammar,imtiaz & afiq) ayah luv yooo guys..