Selamat Menyambut Eidul Adha


Salam Eidul Adha dari kami sekeluarga

Most Wanted Rider's





Kayuhan Mencari Jodoh Full Album

Kayuhan Mencari Jodoh


klik je gambor nih

ECC Melaka

Ecc Melaka 24 Oct 2009


klik je gambor nih

Hari yang di nantikan 24 Oct 09

Gaye seorang artis a.k.a tamil film star
Posted by Picasa
Perjumpaan para riders yg glamer-glamer sambil mengusha beskal riders lain
En. Haitsan tuan tanah malam tu.. ngan seluar yg tahan aku melihatnyee (bunge-bunge berguguran)
Tuan tanah menunjukkan isyarat yg tak berapa lucah.. kepada teman
Posted by Picasa

Re-Brand 'Saifulnaim74'

Sallam to all.. Re-brand 'blog saifulnaim74' penghujung bulan ini

GREEN BEAN SOY DRINK

Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat........

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)


Menuju Funcak

Keliwon Nite Ride Putrajaya precint 9





Backup Rider's Berposing lagi



Backup Rider's

Geng Basikal



63 Petua Rumahtangga Bahagia.. Untuk Isthree & Suami

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Minggu yang sibuk buat aku...

4 Oct 09 aku rasa adalah minggu yg paling sibuk buat aku, Bukan apa Ibu mertuaku colapse kat rumah suspect sakit jantung, Monday morning kena la cari nusery utk anak2 aku... puas pusing satu Setapak... at last jumpa gak satu nusery seri murni (cam nama minyak masak lak).. First time Afiq dok kat nusery.. pagi tu aku antar cam biasa.. takde masalah.. lagipun Afiq ni jenis mersa alam cam ayah dia wakaka.. tengahari tanya saudari kat situ.. (cis saudari...) ayat..

Afiq menangis sekejap pastu tu dia calmdown.. ok leeer first day kot.. lagipun banyak member kat situ. Petang aku amik aku tanye dia best tak dok kat sini.. Ini katanya.. Beh ayah acik tu suapkan afiq ayam, kentang goreng, nasi sampai perut afiq buncit wakakakaka... so besok nak pegi lagi sambilll mengganguk kepala nya..

Kadang2 kesian gak tgk dia pagi2 kena bangun gi nusery ngan beg pooh nyeer..

selalu aku cakap kat dia afiq jangan naugthy tau dengar cakap acik. tak mooo gaduh ngan orang lain.. tau main elok2..

Kota Warisan 3 Oct 2009 (sambut besday dalam hutan)

Berposing ngan otai MTB
Kuda yg digunakan




Bro Assry.. Thanx A lot..





















Kemensah 4 Oct 09 Offroad

Fat dengan penuh nafsu mengayuh... Respect la lu Bro...


Mus meMTBkan beskalnya (MTB)Mari Tolak Beskal wakaka


Lepak sambil makan nasi lemak 2 bungkus



Thanx to all kemensah berjaya aku redah walaupun aku banyak menolak








Fat feat along








My Birthday 35th

3 Oct 1974 - 3 Oct 2009 35th. Happy Birthday To me..

Kasihan kan anak

30 sept 09 1.35pm Sesudah menunaikan tanggungjawab muslim, kaki melangkah keluar masjid al-mutaqin wangsa melawati yg berdekatan ngan opis aku.. terpandang seorang lelaki bersama anaknya gambaran biasa di masjid.. tetapi lelaki dan anak itu bukan pandangan biasa pada aku. bagi aku hati seorang lelaki a.k.a ayah kepada 3 org anak ini tersentuh sekejap. Bukan apa pada aku kalau di lihat aksi anak itu tak ubah macam anak2 yg lain gembira,ketawa, happy ajee tapi ada kelainan kalau di teliti dengan betul. hati boleh tersentuh. Hujung jari tangannya kebiruan ini di sebabkan anak tersebut ada penyakit jantung berlubang... Subhanallah (dlm hati syukur anak aku tak ada penyakit ini) setelah aku membaca biodata ayah dan anak tersebut... terus aku berkata dlm hati saudara ini patut di bantu tak sedikit atau banyak..(saudara tersebut adalah seorang mualaf) ...

Selepas keluar.. dari panggar masjid terfikir dlm kepala otak aku.. Apa yg baitulmal buat????
tak patutkah org ini di bantu. atau banyak sangatkah procedur kepala otak diaorang buatkan utk org yang betul2 memerlukan macam saudara tu tadi.. Zakat adalah wajib utk setiap org islam ada zakat perniagaan,harta,emas, simpanan, zakat fitrah kalau keluar kat paper tu berjuta2 org keluar zakat perniagaan siap amik gambor lagi...

Susah sangat ke nak cari org susah macam saudara tu... Siapa setuju kalau aku katakan tak akan ada org miskin kat malaysia 1 ni kalau org baitulmal buat keroje dema...( tak buat keroje le tu)

Kesimpulannya aku cuba letakkan diri aku macam saudara tu tadi... aku mungkin bleh jadi cam tu gak...

p/s: teringat anak aku 3 org hero yg nakal2 tu (ammar,imtiaz & afiq) ayah luv yooo guys..

Rasuah Tak Dosa

Bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Isa berkata, beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah.

Kumbang Bukan Seekor

Kan aku dah kata kumbang bukan seekor